COVID-19: Perjuangan China Letak Asas Optimumkan Strategi Lawan Wabak

2022-12-09 11:42:52  CRI
Share with:

Perjuangan China dalam mencegah penularan wabak COVID-19 sepanjang tempoh tiga tahun lalu memperoleh hasil signifikan dan ia berseimbangan dengan perkembangan sosioekonomi negara.

Demikian ujar ketua panel pakar tindak balas COVID-19 Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC), Liang Wannian.

Menurutnya, prestasi itu turut meletakkan asas untuk terus mengoptimumkan strategi melawan wabak.

“Kami (China) berjaya mengelak ratusan juta penduduk dijangkiti virus COVID-19 yang dijangka membawa berjuta-juta kematian.

“Perjuangan itu mendapat sokongan rakyat dan penghargaan meluas masyarakat antarabangsa.

“Yang lebih penting adalah kami beroleh peluang untuk terus mengoptimumkan pendekatan melawan wabak,” kata Liang.

Jelas beliau, peluang itu berasaskan beberapa faktor seperti varian Omicron yang kurang menyebabkan jangkitan teruk, ketersediaan vaksin dan ubat-ubatan, serta penyempurnaan mekanisme respons kecemasan.

Liang berkata, China turut menyempurnakan strategi menangani wabak dari semasa ke semasa supaya usaha berkenaan lebih bersasar dan praktikal, serta sejajar dengan keperluan pembangunan sosioekonomi dan perkhidmatan perubatan.

Tambah beliau, China akan terus mengikuti mutasi virus COVID-19, selain terus mengoptimumkan strategi menangani wabak bagi melindungi kesihatan rakyat dan menjamin perkembangan sosioekonomi.