Tambah Baik Piawaian Kewangan, Tingkatkan Pembangunan Hijau

2022-12-11 13:06:56  CRI
Share with:

Bank Rakyat China, iaitu bank pusat di negara ini, sedang menjalankan penambahbaikan terhadap dasar dan sistem piawaian kewangan agar meningkatkan daya, kualiti dan keberkesanaan sektor kewangan untuk menyokong transformasi ekonomi ke arah rendah karbon.

Naib Presiden Bank Rakyat China, Xuan Changneng berkata demikian sempena Bund Finance Summit ke-4 yang diadakan di Shanghai pada masa ini.

Menurut beliau, Bank Rakyat memulakan kerja penyelidikan tranformasi kewangan pada tahun 2021, dan menjalankan menyelidikan membabitkan piawaian transformasi kewangan dalam empat sektor iaitu besi dan keluli, penjanaan kuasa elektrik menggunakan arang batu, pembinaan dan bahan binaan, serta pertanian.

Xuan mengatakan bahawa keputusan terbabit akan diedarkan pada masa yang sesuai agar dapat menyediakan asas bagi memenuhi permintaan pembiayaan rasional industri tinggi karbon beralih ke rendah karbon.