Lawatan Xi Bawa Hubungan China-Arab ke Masa Depan Lebih Indah
Sidang Kemuncak China-Arab pertama telah diadakan di Riyadh, ibu negara Arab Saudi pada 9 Disember. Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan pada sidang itu menekankan pembinaan komuniti berkongsi nasih China-Arab yang lebih erat, dan menganjurkan Lapan Tindakan Bersama untuk memperkasakan kerjasama pragmatik China-Arab.
Menurut dokumuen yang dikeluarkan sidang itu, China dan negara-negara Arab bersetuju untuk bersinergi dalam membina komuniti berkongsi nasib China-Arab pada era baharu.
Dalam ucapannya, Presiden Xi menyatakan bahawa China menyokong negara-negara Arab meneroka laluan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negara sendiri, serta menguasai masa depan negara di tangan sendiri.
Menyentuh isu Palestin, Xi menekankan bahawa masyarakat antarabangsa harus menegakkan penyelesaian dua negara. China akan terus memberikan bantuan kemanusiaan kepada Palestin, dan menyokong negara itu melaksanakan projek menambah baik kesejahteraan rakyat.
Terdapat pepatah Arab yang menyebut "Kata-kata itu daun, tindakan itu buah." Untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Arab pada era baharu, kedua-dua pihak harus mengambil tindakan konkrit.
Pada sidang kemuncak China-Arab tersebut, Presiden Xi mencadangkan bahawa dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, China bersedia bekerjasama dengan negara-negara Arab untuk melaksanakan Lapan Tindakan Bersama.
Tindakan bersama itu melibatkan lapan bidang, antaranya sokongan kepada pembangunan, keselamatan makanan, kesihatan, inovasi hijau, keselamatan tenaga, dialog tamadun, pendidikan belia, serta keselamatan dan kestabilan.
Tindakan Bersama tersebut memaparkan keinginan China untuk membangun bersama dengan negara-negara Arab.
China memerlukan Arab, sementara Arab juga memerlukan China. Di bawah panduan pelan pembangunan yang baharu tersebut, hubungan China-Arab akan ditingkatkan sehingga memberikan lebih banyak limpahan manfaat kepada rakyat, malah memberi sumbangan lebih besar kepada keamanan dan pembangunan dunia.