Keistimewaan Pesawat C919

2022-12-12 12:43:56  CRI
Share with:

Pesawat penumpang C919 pertama yang dibangunkan China dengan beberapa ciri-ciri istimewa telah diserahkan kepada pelanggannya, China Eastern Airlines pada Jumaat.

 

Difahamkan, antara keisitimewaan pesawat itu adalah ia dilengkapi dengan 164 tempat duduk, termasuk 8 tempat duduk di kabin perniagaan dan 156 tempat duduk di kabin ekonomi.

 

Bagi tempat duduk dibahagian tengah pula, ia direka lebih lebar 1.5 cm demi keselesaan penumpang.

 

Selain tempat duduk, pesawat buatan China itu juga mempunyai reka bentuk yang mementingkan keselesaan termasuk lampu kabin yang mempunyai pelbagai model cahaya mengikut saat berlainan seperti pelepasan, penurunan, penerbangan, penumpang masuk dan keluar cabin.