Hayati Budaya China secara Dalam Talian

2022-12-12 18:22:44  CRI
Share with:

“Taman Budaya China Dalam Talian 2022 - Taman Malaysia” dilancarkan di bandar Qingdao, provinsi Shandong di timur China pada 10 Disember 2022. Upacara pelancaran taman itu diadakan secara dalam dan luar talian di Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain pada masa sama.

Lebih 300 orang guru dan pelajar dari lebih 50 sekolah Mandarin di Malaysia menyertai aktiviti kali ini untuk menghayati budaya China.

Aktiviti dalam talian kali ini mengetengahkan budaya tradisional China dan menyediakan acara pembacaan puisi dan syair, kaligrafi dan lukisan, tarian etnik, Wusyu dan sebagainya.