COVID-19: China Tamatkan Perkhidmatan Kod Perjalanan Digital

2022-12-13 13:46:00  CRI
Share with:

China dalam satu kenyataan secara rasminya menamatkan perkhidmatan kod perjalanan digital tepat pukul 12 tengah malam tadi.

Menurut maklumat, tiga syarikat telekomunikasi besar China, iaitu China Telecom, China Mobile dan China Unicom memberi jaminan bahawa keselamatan data peribadi terjamin.

Difahamkan, ia selari dengan Undang-undang Perlindungan Maklumat Peribadi China yang memperuntukkan semua data sejarah perjalanan akan dipadamkan secara serentak sejurus tamatnya perkhidmatan berkenaan.

Untuk rekod, perhidmatan ini disediakan oleh tiga syarikat telekomunikasi China tersebut sebagai sebahagian daripada langkah pencegahan dan kawalan COVID-19 di negara ini sejak hujung bulan Februari 2020 hingga sekarang.

Kod Perjalanan Digital berfungsi untuk mengesan dan mencatatkan sejarah perjalanan rentasi bandar individu dalam tempoh 14 hari lampau berdasarkan data telefon bimbitnya secara percuma bagi membantu kerajaan tempatan mengambil langkah bersasar untuk mengawal risiko penularan yang berpotensi.