Piala Dunia Tak Alu ‘Pembela Hak Asasi’ Barat

2022-12-13 14:06:12  CRI
Share with:

Piala Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Qatar 2022 bakal menyajikan aksi perlawanan separuh akhir dan final, minggu ini.

Dinanti-nantikan peminat sukan bola sepak seluruh dunia, pasukan yang merangkul Trofi Piala Dunia akan didedahkan tidak lama lagi.

Terdapat komen bahawa media Barat akhirnya dapat memberi perhatian kepada permainan itu sendiri.

Selama lebih setengah bulan, sesetengah media Barat berkelakuan tidak berpatutan: CNN dan Washington Post terus-menerus mempersoalkan isu buruh Qatar; manakala BBC enggan menyiarkan majlis pembukaan Piala Dunia itu.

Agensi media seumpama yang kononnya objektif dan neutral mengabaikan dedikasi Qatar untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia, dan endah tak endah semangat perpaduan yang dibangkitkan oleh sukan bola sepak dalam situasi global yang tidak menentu.

Kelakuan mereka bagaikan mencurahkan air sejuk di atas api perpaduan yang dihasilkan daripada sukan, dan memasang halangan di jambatan yang disambungkan oleh bola sepak.

Merekalah yang memegang tongkat mempolitikkan sukan, berdiri bertentangan peminat sukan di seluruh dunia.

Qatar merupakan negara Arab pertama yang menjadi tuan rumah acara kejohanan antarabangsa bola sepak berkenaan.

Walau bagaimanapun, sejak mengemukakan tawarannya, negara itu turut dilemparkan tuduhan tidak berasas daripada Barat.

Menteri Luar Negeri Qatar, Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani menyelar kritikan media Barat sebagai hipokrit dengan mengatakan ‘sesetengah orang tidak menerima sebuah negara kecil Timur Tengah yang menganjurkan acara global sedemikian’.

Kenyataan menteri luar itu mendedahkan satu sisi yang lebih mendalam, iaitu mentaliti ‘Barat-sentrisme’ merupakan punca kelakuan media Barat.

Piala Dunia Qatar membolehkan dunia melihat dunia Arab yang sebenar dan berwarna-warni bebas daripada laporan berat sebelah Barat.

Acara berprestij itu menyuntik tenaga segar dan positif ke dalam dunia yang kelihatan tidak menentu ketika ini.

Biarkan sukan itu tergolong dalam sukan, dan Piala Dunia Qatar tidak mengalu-alukan ‘pembela hak asasi’ Barat.

Segala bising dan gangguan takkan menghalang daya tarikan sukan bola sepak.