Kursus Latihan Untuk Kaum Wanita di Kampung Wuying

2022-12-14 12:44:18  CRI
Share with:

Liang Zuying, wanita yang berusia 46 tahun, menetap di kampung Wuying yang berpenduduk etnik Miao di kawasan pergunungan Damiaoshan, iaitu diantara wilayah Guangxi dan provinsi Guizhou, barat daya China. 

Di kampung itu, kaum wanita yang berumur 40 tahun ke atas tidak pernah menerima pendidikan di sekolah atas faktor keadaan ekonomi, tradisi penduduk tempatan dan persekitaran geologi.

Mereka terpaksa bekerja sejak kecil seperti menggembala ternakan, membantu dalam kerja rumah tangga atau menjaga adik-beradik kecil.

Dengan ini, sejak berumur tujuh tahun, Liang menyumbangkan khidmatnya untuk bekerja sepanjang siang dan malam setiap hari di rumah.

Dalam tempoh beberapa dekad lalu, keadaan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan di kampung itu semakin ditambah baik.

Kerajaan tempatan menawarkan kursus latihan yang meliputi bahasa Mandarin, tarian dan muzik di kampung Wuying sejak bulan Mac 2020.

Liang bersama-sama dengan wanita sekampung yang hampir seumur dengannya baru berpeluang masuk ke bilik darjah untuk belajar ilmu pengetahuan dan merealisasikan impian mereka sejak kecil.

Setelah menerima pendidikan, beliau bukan sahaja sudah boleh membaca dan menulis, bahkan berani berkomunikasi dengan orang lain kerana keyakinan dirinya telah meningkat.

Pada separuh tahun kedua tahun lepas, Liang bersama-sama wanita sekampungnya buat kali pertama keluar dari kawasan pergunungan Damiaoshan untuk melawat dan belajar di bandar, melancong di destinasi pelancongan  di pesisir pantai.

Pada masa ini, beliau dapat berkomunikasi dengan ejen untuk menjual sayur-sayuran liar dengan bahasa Mandarin yang fasih menerusi Wechat dan telefon setiap hari.

Selain itu, Liang juga bersama dengan wanita sekampungnya merakamkan klip video untuk memperkenalkan adat resam di kampung Wuying serta perubahan di kawasan pergunungan itu.