China, Hungary Ikrar Perkasa Kerjasama Pragmatik

2022-12-14 12:13:38  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Hungary, Peter Szijjarto menandatangani perjanjian mengenai penubuhan jawatankuasa kerjasama Jalur dan Laluan antara kerajaan, semasa bertemu secara maya pada Selasa. 

Wang berkata pembangunan hubungan China-Hungary yang sihat dan stabil selaras dengan kepentingan bersama rakyat kedua-dua negara, dan juga kondusif bagi perkembangan mantap hubungan China-Eropah.

Beliau meluahkan harapan supaya Kesatuan Eropah (EU) serta negara-negara anggotanya dapat melihat pembangunan China secara objektif dan mesra, sama seperti Hungary, dan mengekalkan kerjasama muhibah dengan China. 

Szijjarto merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC), di samping menyuarakan kesediaan pihaknya untuk memperkukuh kesalingpercayaan dan kerjasama pragmatik dengan China dalam pelbagai bidang.