China Kutuk Keras Serangan di Kabul

2022-12-14 15:26:36  CRI
Share with:

China mengutuk sekeras-kerasnya serangan letupan menyasar sebuah hotel di Kabul, ibu negara Afghanistan pada Isnin. 

Jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin mengulangi pendirian tegas China dalam menentang segala bentuk keganasan.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden itu dan menyampaikan simpati kepada mereka yang cedera.

Wang berkata Kedutaan China di Afghanistan telah mengemukakan bantahan serius kepada kerajaan sementara Afghanistan, yang dituntut melakukan usaha habis-habisan untuk mencari dan menyelamatkan warga China.

Pihak berkuasa tempatan juga diminta menjalankan siasatan menyeluruh dan mengheret pesalah ke muka pengadilan, di samping memperkukuh perlindungan keselamatan terhadap warga dan institusi China di Afghanistan.

Serangan letupan yang berlaku di kabul pada petang Isnin menyebabkan beberapa warga China cedera. Tiga penyerang dilaporkan terbunuh.

Kumpulan Daesh Khorasan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.