AirSERBIA Buka Penerbangan Langsung ke China

2022-12-14 12:47:39  CRI
Share with:

Pesawat JU702 yang membawa kira-kira 170 orang penumpang mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Binhai Tianjin pada 10 Disember 2022, melambangkan pembukaan laluan penerbangan langsung Belgrade-Tianjin.

Penerbangan itu dikendalikan oleh syarikat penerbangan AirSERBIA dan menggunakan pesawat Airbus A330-200. Penerbangan dari Belgrade ke Tianjin mengambil masa kira-kira 10 jam dan dijalankan seminggu sekali.