Xi Bakal Berucap pada Perasmian Segmen Peringkat Tinggi Fasa 2 COP15

2022-12-14 11:47:43  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping akan menyampaikan ucapan melalui pautan video sempena perasmian Segmen Peringkat Tinggi fasa kedua mesyuarat ke-15 Persidangan Pihak-Pihak (COP15) Konvensyen Diversiti Biologi (CBD), esok.

Keputusan itu diumumkan jurucakap Kementerian Luar Hua Chunying, pagi tadi.