10 Langkah Baharu: Berubah ke Arah Lebih Cekap

2022-12-15 15:06:18  CRI
Share with:

Kerajaan China mengumumkan sepuluh langkah pelonggaran COVID-19 baru-baru ini, dalam usaha menambah baik pengurusan wabak.

Antara langkah baharu termasuk membatasi kawasan berisiko secara saintifik dan bersasar, membolehkan mereka secara sukarela memilih cara pengasingan, mempercepat pemberian vaksin kepada warga emas, dan lain-lain.

Objektif pelonggaran itu adalah untuk terus mengoptimumkan respons COVID-19, memaksimumkan perlindungan keselamatan setiap nyawa, dan meminimumkan kesan wabak terhadap pembangunan sosioekonomi.

Mengapa China memutuskan pelaksanaan langkah seumpama pada peringkat ini?

Ini adalah pilihan munasabah berdasarkan hasil luar biasa yang dicapai dalam memerangi wabak selama tiga tahun, dengan mengambil kira trend terkini keadaan wabak dan penelitian komprehensif pelbagai sisi.


Pada masa ini, beberapa kajian saintifik di dunia menunjukkan, berbanding jenis koronavirus pada permulaan wabak, kepatogenan varian Omicron sangat lemah.

Antara negara yang lebih awal menghadapi COVID-19, kadar vaksinasi China ketika ini bagi keseluruhan populasi melepasi 90 peratus.

China meraih banyak pengalaman daripada perjuangan berterusan memerangi wabak, menyaksikan tahap penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan serta keupayaan sokongan barang perubatan meningkat dengan ketara.

Berkat usaha bersepadu ke arah mencapai keseimbangan antara kawalan wabak dengan pembangunan sosioekonomi, prestasi pertumbuhan ekonomi negara itu mencapai 8.1 peratus pada 2021, jauh lebih terdepan berbanding entiti utama lain dunia.

Dalam tempoh tiga suku pertama tahun ini, jumlah nilai import dan eksport China meningkat sebanyak 9.9 peratus tahun ke tahun, menyumbang kepada kestabilan rantai perindustrian dan rantai bekalan global.

Sejurus selepas pengumuman sepuluh langkah baharu, institusi domestik dan asing masing-masing membuat jangkaan bahawa ekonomi China akan melantun semula pada 2023, dengan membawa dorongan yang lebih besar kepada ekonomi dunia.

Pada masa sama, China menyalurkan bantuan sedapat mungkin untuk membantu dunia memerangi wabak.

Dalam tempoh tiga tahun lalu, selain berkongsi pengalaman dan kaedah dalam mengendalikan wabak, China menderma lebih daripada 2.2 bilion dos vaksin kepada lebih 120 negara dan organisasi antarabangsa, serta menyediakan dan mengeksport barang pencegahan wabak kepada 200 negara dan wilayah.

Pada ketika ini, COVID-19 belum berakhir dan perjuangan menentang wabak itu masih dalam perjalanan.

Menjunjung prinsip ‘rakyat diutamakan’ dan ‘ketepatan saintifik’ serta menyelaraskan tindak balas mengikut perkembangan keadaan, inilah cerminan perjuangan China dalam melawan wabak.