Xi Sampai Ucapan Bertulis sempena Sidang Kemuncak Usahawan China-Amerika Latin ke-15

2022-12-15 12:53:05  CRI
Share with:

China akan terus menawarkan peluang baharu kepada seluruh dunia melalui pembangunan sendiri, menggalakkan pembinaan ekonomi dunia yang terbuka dan membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat semua negara termasuk negara-negara Amerika Latin dan Caribbean (LAC).

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan secara bertulis dalam majlis perasmian Sidang Kemuncak Usahawan China-Amerika Latin edisi ke-15 pada Rabu.

Xi berkata sejak penubuhannya 15 tahun lalu, sidang kemuncak itu berperanan penting dalam memperkasa kerjasama ekonomi dan perdagangan serta memperdalam interaksi sosiobudaya kedua-dua pihak.

Hubungan China-Amerika Latin kini telah memasuki era baharu yang sama rata, saling menguntungkan, inovatif, terbuka serta menjanjikan limpahan manfaat dikongsi semua.

Xi menyifatkan komuniti perniagaan sebagai tenaga baharu untuk memacu kolaborasi praktikal China-Amerika Latin, selain menjadi pembina dan penerima manfaat kekukuhan hubungan dua hala.

Beliau meluahkan harapan supaya golongan ahli perniagaan terus menyemarakkan semangat keusahawanan yang tabah dan berani melakukan perintisan, menjadi penggalak pembangunan terbuka, peneraju pembangunan inovatif dan pelaksana pembangunan berkongsi, sekali gus menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib China-LAC.