Ukiran Kayu, Warisan Budaya Tidak Ketara

2022-12-15 17:06:13  CRI
Share with:

Ukiran kayu Putian yang bersejarah lama di China merupakan salah satu seni ukir tradisional di kalangan rakyat provinsi Fujian, yang juga warisan budaya tidak ketara di China. 

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan giat melindungi dan mempopularkan warisan budaya tersebut. Sekarang, terdapat lebih 2,600 syarikat berkaitan di bandar Putian, produk-produk telah dijual ke lebih 20 negara dan kawasan.