Kereta Api Myanmar Jadi Sasaran Serangan Bom
2022-12-15 11:22:44 CRI
Sebuah kereta api yang berulang-alik antara Yangon dan Moulmein, Myanmar menjadi sasaran serangan bom pada malam Selasa.
Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Menurut jabatan perkhidmatan kereta api, insiden itu mengakibatkan operasi beberapa tren bagi laluan berkenaan terpaksa dibatalkan.
Pihak berkuasa Myanmar sedang menjalankan siasatan sambil bertungkus lumus membaiki landasan kereta api yang rosak.