Siapa Buat Kebaikan Sebenar, Afrika Paling Sesuai Bersuara

2022-12-15 13:29:26  CRI
Share with:

Negara dan rakyat Afrika antara yang paling sesuai bersuara bahawa siapakah yang membuat kebaikan sebenar untuk benua itu, kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam taklimat media pada Rabu.

Dalam sidang kemuncak Amerika Syarikat (AS)-Afrika yang berlangsung di Washington baru-baru ini, pegawai kanan AS mendakwa China melakukan amalan tidak telus yang menjejaskan kestabilan Afrika, sedangkan AS merupakan rakan kongsi terbaik bagi Afrika.

Sehubungan dengan itu, Wang berkata China gembira melihat kepelbagaian rakan kongsi bagi Afrika, dan mengalu-alukan masyarakat antarabangsa termasuk AS meningkatkan perhatian dan pelaburan di benua itu, serta mengadakan kerjasama yang sama rata dan saling untung dengan Afrika.

Tambah beliau, Afrika bukan medan untuk persaingan kuasa besar, dan juga bukan sasaran taktik kekerasan oleh mana-mana negara atau individu. Negara dan rakyat Afrika mempunyai kebijaksanaan dan kemampuan untuk memilih rakan kerjasama yang selaras dengan kepentingan sendiri.