Yakin Ekonomi China Melantun Semula Tahun Depan: Naib PM

2022-12-16 13:47:48  CRI
Share with:

Naib Perdana Menteri, Liu He berkeyakinan penuh bahawa prestasi ekonomi China akan bertambah baik secara menyeluruh pada tahun depan.

Liu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan secara bertulis pada pusingan kelima Dialog Ketua Perniagaan, Bekas Pegawai Kanan China-Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis.

Beliau menyifatkan kerjasama perdagangan dan pelaburan sebagai tali penghubung yang paling rapat bagi kepentingan China dan EU.

Katanya, China bersedia aktif memperluas kolaborasi dengan EU dalam sektor ekonomi, perdagangan, hijau, digital, kewangan, sains dan teknologi, sambil bersama-sama mempertahankan sistem perdagangan pelbagai hala berteraskan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).