Bank Pusat UK Naikkan Kadar Faedah 50 Mata Asas

2022-12-16 14:11:15  CRI
Share with:

Bank of England (BoE) menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 3.5 peratus pada Khamis, paras tertinggi sejak krisis kewangan 2008.

Sejak Disember tahun lalu, bank pusat United Kingdom (UK) itu telah meningkatkan kadar faedahnya daripada 0.1 peratus kepada 3.5 peratus melalui kenaikan sembilan kali berturut-turut. 

BoE dilaporkan menaikkan kadar faedah utamanya sebanyak 75 mata asas kepada 3 peratus pada November, kadar kenaikan terbesar dalam tempoh hampir 30 tahun lalu.