CGTN America Lancar GAI 2022 mengenai Kelestarian

2022-12-16 12:12:36  CRI
Share with:

Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) America menyiarkan program khas Inisiatif Tindakan Global (GAI) 2022, sempena mesyuarat ke-15 Persidangan Pihak-Pihak (COP15) Konvensyen Diversiti Biologi (CBD).

Semasa episod pertama program itu bersiaran pada Khamis, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres antara lebih sepuluh tetamu kehormat yang dijemput untuk berkongsi idea mengenai pembangunan mampan dan perubahan iklim.

Beliau menyatakan negara-negara di dunia menghadapi dua tugas penting, iaitu negara maju perlu segera mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, dan negara maju harus bekerjasama dengan entiti ekonomi baru muncul dan negara membangun lain, dengan menyediakan bantuan berupa dana, teknologi dan sokongan demi mempercepat transformasi hijau ekonomi.