COP15 Diharap Jadi Penanda Signifikan Perlindungan Biodiversiti

2022-12-17 13:40:26  CRI
Share with:

Mesyuarat ke-15 Persidangan Pihak-Pihak (COP15) Konvensyen Diversiti Biologi (CBD) diharap menjadi penanda signifikan bagi usaha perlindungan biodiversiti dunia.

Ketika menyampaikan ucapan melalui pautan video sempena perasmian segmen peringkat tinggi fasa kedua COP15 pada Khamis, Presiden China, Xi Jinping menyeru semua pihak berganding bahu mendorong simbiosis antara manusia dan alam, bersama-sama membina komuniti makhluk Bumi dan dunia yang bersih dan indah.

Beliau turut mengemukakan empat saranan untuk mencapai matlamat tersebut.

Ia dianggap usaha baharu China dalam menggalakkan tadbir urus biodiversiti global, sebagai pengerusi COP15

COP15 merupakan mesyuarat global pertama bertemakan tamadun ekologi yang diadakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Fasa pertamanya berlangsung di Kunming, China pada Oktober tahun lepas.

Setahun selepas itu, China terus menyandang pengerusi bagi fasa kedua mesyuarat tersebut.


Pemuktamadan ‘kerangka biodiversiti global pasca 2020’ merupakan agenda utama COP15. Ia bakal menetapkan matlamat dan pendekatan untuk usaha perlindungan kepelbagaian biologi demi sedekad akan datang, malah tempoh yang lebih panjang.

COP15 menentukan ‘Tamadun Ekologi: Bersama Bina Komuniti Makhluk Bumi’ sebagai tema utamanya.

Demi mencapai wawasan tersebut, Presiden Xi dalam ucapannya menyarankan sinergi dibentuk untuk membina konsensus global mengenai perlindungan kepelbagaian biologi, mendorong proses global bagi perlindungan biodiversiti, memacu pembangunan hijau menerusi perlindungan biodiversiti, di samping memelihara order global yang adil dan munasabah bagi perlindungan biodiversiti.  

Di samping itu, China juga mengambil tindakan praktikal untuk memacu pembangunan tamadun ekologi dan perlindungan kepelbagaian biologi.

Tempoh sedekad lalu menyaksikan China muncul sebagai negara dengan sumber hutan bertambah paling banyak dan jumlah ‘bandar paya antarabangsa’ yang tersenarai paling banyak di dunia.