Harap GBF Pasca 2020 Dimuktamad Secepat Mungkin

2022-12-18 13:08:19  CRI
Share with:

Pihak-pihak terbabit diseru supaya menunjukkan sikap ikhlas, terangkum dan fleksibel serta bergerak sehaluan ke arah memuktamadkan Rangka Kerja Biodiversiti Global (GBF) pasca 2020 secepat mungkin.

Seruan itu dibuat Menteri Ekologi dan Alam Sekitar China Huang Runqiu yang juga presiden mesyuarat ke-15 Persidangan Pihak-Pihak (COP15) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD).

Difahamkan, segmen peringkat tinggi fasa kedua COP15 berakhir di Montreal pada Sabtu.

Huang yang mempengerusikan majlis penutup berkenaan berkata persidangan kali ini mendengar ucapan disampaikan seramai 190 orang wakil daripada 124 pihak pemeterai, dua negara pemerhati serta 64 organisasi dan institusi.

“Persidangan ini mengumpul kebijaksanaan dan kekuatan ke arah menggubal GBF pasca 2020 yang bercita-cita tinggi dan pragmatik.

“Pihak peserta juga menyatakan keinginan mereka yang kuat untuk melihat rangka kerja berkenaan dapat dicapai dan dilaksanakan seawal mungkin,” ujar Huang.