Anggota WTO Tamat Rundingan Teks IFA

2022-12-18 13:55:26  CRI
Share with:

Anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengakhiri rundingan teks mengenai Perjanjian Pemudahan Pelaburan (IFA) secara substantif pada Jumaat.

Perjanjian IFA adalah topik rundingan pertama yang ditetapkan dan aktif diterajui China dalam WTO. Lebih 110 anggota menandatangani dan menyertai rundingan berkenaan.

Wakil Tetap China ke WTO, Li Chenggang berkata kemajuan itu menandakan hanya tinggal selangkah lagi ke arah menyelesaikan rundingan pelaburan pertama di bawah kerangka WTO serta di lingkungan global.

Difahamkan, perjanjian IFA bertujuan untuk membina peraturan antarabangsa, mempertingkatkan ketelusan dasar pelaburan, mempermudah dan mempercepat prosedur kelulusan pelaburan, di samping menggalakkan kerjasama antarabangsa.