Pesta Perfileman Antarabangsa Hainan Ke-4 Buka Tirai

2022-12-19 14:55:12  CRI
Share with:

Pesta Perfileman Antarabangsa Pulau Hainan Ke-4 anjuran Kumpulan Media China (CMG) dan kerajaan tempatan Hainan telah membuka tirainya di Haitangwan, bandar Sanya pada Ahad.

Tiga wayang yang ditayangkan semasa majlis perasmian, iaitu "L' Homme de Pekin", "Keep Running" dan "Into Space" menandakan perkembangan perfileman China pada era baharu.

Pesta perfileman edisi 2022 ini telah menarik 3,761 wayang dari 116 buah negara dan rantau, dengan 29 daripadanya yang terpilih untuk mempertandingkan Hadiah Kelapa Emas.