Modrić Mahu Beraksi Lagi

2022-12-19 14:29:57  CRI
Share with:

Luka Modrić, pemain bola sepak yang berumur 37 tahun itu memimpin pasukan Croatia menewaskan Maghribi 2-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa awal pagi Ahad, sekali gus meraih tempat ketiga Piala Dunia Qatar 2022.

Dalam temu bual selepas perlawanan, beliau mendedahkan untuk mahu meneruskan kerjaya antarabangsanya sehingga 2023 dalam usaha mereka untuk memenangi Liga Negara-Negara.

“Kami (pasukan Croatia) bukanlah ‘keajaiban’ dua puluh tahun sekali. Kami tidak patut dipandang sebagai ‘kuda hitam’, kerana kami pasukan yang betul-betul kuat,” kata Modrić.