DPRK Jalankan Ujian Satelit Pengintai

2022-12-19 16:42:33  CRI
Share with:


Jabatan Penerokaan Angkasa Lepas Negara Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dilaporkan telah menjalankan ujian penting fasa terakhir melibatkan penerokaan satelit pengintai di Pusat Pelancaran Satelit Tongch'ang-dong semalam, dengan memancarkan alat pembawa yang membawa kelengkapan satelit berkenaan kepada ketinggian 500 km di samping menilai pelbagai indeks berkenaan dalam persekitaran tiruan kosmos.

Menurut pihak DPRK, persiapan untuk tugas pelancaran satelit pengintai ketenteraan yang pertamanya akan diselesaikan menjelang April 2023.