China, Rusia Adakan Latihan Ketenteraan “Joint Sea-2022”

2022-12-20 17:05:46  CRI
Share with:

Menurut rancangan kerjasama ketenteraan tahunan China-Rusia, tentera laut kedua-dua pihak akan mengadakan latihan ketenteraan bersama "Joint Sea-2022” di perairan timur bandar Zhoushan-Taizhou, China dari 21 hingga 27 Disember.

Latihan kali ini diadakan dengan tujuannya untuk meningkatkan keupayaan kedua-dua pihak dalam menghadapi ancaman keselamatan, keamanan dan kestabilan antarabangsa dan serantau, sekali gus mengintensifkan hubungan rakan kerjasama strategik komprehensif China-Rusia pada era baharu.