Semarakkan Semangat ‘Jalan Sutera’ di Kalangan Warga Akhbar

2022-12-20 15:57:45  CRI
Share with:

China menyeru perwakilan 38 anggota majlis dari 23 negara bersatu padu untuk memberi sumbangan baharu dalam menyemarakkan semangat ‘Jalan Sutera’ dan melakar pencapaian baharu dalam menceritakan kisah berkaitan ‘Jalan Sutera’ supaya persahabatan antara negara-negara sepanjang ‘Jalan Sutera’ kekal kukuh.

Demikian kata Pengarah Jabatan Seranta Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Li Shulei dalam ucapannya menerusi pautan video pada Mesyuarat Majlis Rangkaian Berita Jalur dan Laluan (BRNN) kedua yang diadakan secara hibrid di Beijing pada Isnin.

Li berkata, BRNN merupakan pertubuhan media yang diinisiatifkan oleh Presiden China, Xi Jinping. Badan media disifatkan sebagai tenaga penting dalam membantu mengenali hati budi masing-masing di kalangan rakyat dan menunjukkan panduan kepada pendapat umum, selain memupuk persefahaman dalam masyarakat.

Untuk rekod, “Kazakhstan Belt and Road Initiative: The road to Somewhere” merupkan antara 19 karya yang memenangi Anugerah Berita Jalan Sutera Global yang pertama, hasil penilaian muktamad dalam mesyuarat tersebut. Manakala, ketua Kelab Friends of Silk Road Pakistan yang juga pengerusi Institut Pakistan-China, Mushahid Hussain Syed, muncul sebagai pemenang Anugerah Sumbangan Khas.