Adakah AS Tunaikan Janjinya kepada Afrika Kali Ini?

2022-12-20 12:48:26  CRI
Share with:

"Apa yang masih berada dalam ingatan orang sebulan atau setahun kemudian? Dan apa yang terlaksana?" Demikian ulasan dari Sarjana Pusat Afrika Majlis Atlantik Amerika Syarikat (AS), Hruby menyentuh Sidang Kemuncak AS-Afrika Ke-2 yang telah diadakan di Washington baru-baru ini.

AS memilih mengundang pemimpin dari 49 buah negara dan Kesatuan Afrika ke Washington, lapan tahun setelah berakhirnya sidang kemuncak edisi pertama dengan benua itu. Sikap gah negara Uncle Sam terbukti dengan kehadiran Presiden, Joe Biden, Setiausaha Negara, Antony Blinken, dan Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin.

Menurut White House, komitmen AS bagi memperdalam ikatan dengan Afrika telah ditekankan pada sidang kemuncak kali ini. Selain itu, kerajaan Biden merancang akan menanam pelaburan sekurang-kurangnya USD55 bilion (RM244 bilion) kepada Afrika pada tiga tahun akan datang.

Bagaimanapun, adakah AS sudah menunaikan janjinya sebelum ini? Seawal Jun tahun 2013, Presiden Barack Obama pernah mengumumkan rancangan "bekalan elektrik untuk Afrika" yang bertujuan "mencahayai tempat yang masih gelap di Afrika dengan lampu". Bagaimanapun, setakat hujung 2020, jumlah penjanaan elektrik di Afrika atas bantuan AS kurang dari satu perempat jumlah yang dijanjikannya.

Dalam sidang kemuncak pertama, Obama pernah komited menambah pelaburan kepada Afrika dan menanam lebih banyak modal dalam membantu benua itu melakukan pencegahan dan kawalan penyakit AIDS. Bagaimanapun, tindakan selanjutnya tidak selaras dengan janjinya, dicerminkan dengan pengurangan dana bantuan dan projek terbabit.

Lapan tahun sudah berlalu. Janji kerajaan AS sekarang ini tak syaklah mendapat persoalan yang tajam. Katanya, pelaburan sebanyak USD55 bilion (RM244 bilion) yang dibahagikan untuk 50 buah negara Afrika, perlu dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun. Jangan cakap lagi masih terwujud kemungkinan gagal diluluskan oleh Dewan Perwakilan yang dikuasai Parti Republikan.

Afrika memerlukan bantuan yang ikhlas dari pemain utama di pentas dunia. AS disarankan menghormati benua itu dan memenangi kepercayaannya menerusi tindakan yang substantif.