China Seru Masyarkat Antarabangsa Tingkatkan Bantuan kepada Afghanistan

2022-12-21 12:31:09  CRI
Share with:

China menyeru masyarakat antarabangsa meningkatkan bantuan dan sokongan kepada Afghanistan. Seruan ini dikeluarkan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun dalam mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai isu Afghanistan semalam.

Zhang berkata, masyarakat antarabangsa diharap mengekalkan perpaduan dan kerjasama serta mengetepikan amalan dwistandard dan berhenti mempolitikkan isu itu, dan membantu Afghanistan meningkatkan keberkesanan dalam memerangi keganasan dan jenayah terancang supaya dapat mengelakkan Afghanistan daripada menjadi semula lubuk pertubuhan keganasan.

Serentak itu, diharap Afghanistan boleh mendapat bantuan luar untuk mengatasi kesukaran dalam bidang yang melibatkan kehidupan rakyat ekoran sumbangan daripada negara maju banyak dikurangkan, sekatan sepihak dan pembekuan aset negaranya di seberang laut.

Masyarakat antarabangsa dikehendaki menyokong Afghanistan agar pembangunan negarnya boleh didorong ke landasan yang baik, di samping meneruskan dialog dan kontak dengan kerajaan Afghanistan untuk memupuk persefahaman dan kepercayaan antara satu sama lain serta menggalakkan pembangunan damai negara itu dengan lebih baik. 

Zhang berkata, China menyokong PBB memainkan peranan penting dalam membantu pembangunan semula Afghanistan secara damai, dan bersedia bersama-sama masyarakat antarabangsa memberikan sumbangan yang lebih banyak kepada kedamaian, kestabilan dan pembangunan Afghanistan.