Loji Janakuasa Hidroelektrik Baihetan Siap Dibina dan Beroperasi

2022-12-21 15:51:36  CRI
Share with:

Ujian pengoperasian selama 72 jam terhadap unit generator terakhir telah diselesaikan di Loji Janakuasa Hidroelektrik Baihetan yang terletak di hilir sungai Jinsha di kaunti Ningnan, provinsi Sichuan dan kaunti Qiaojia, provinsi Yunnan, menandakan bermulanya operasi rasminya semalam. Setakat ini, sebanyak 16 buah unit generator turbin air yang masing-masing berkapasiti sejuta kilowatt yang terpasang dalam Loji Baihetan yang struktur keseluruhannya paling rumit serta skop pembinaannya paling besar di dunia sekarang inidilaporkan sudahberada dalam keadaanmenjana dan membekalkan tenaga elektrik.

Loji Baihetan yang berkapasiti 16 juta kilowatt muncul sebagai salah satu projek mega dalam pelaksanaan rancangan "pembekalan elektrik dari barat ke timur"di peringkat kebangsaan. Kesemua16 buah unit generator turbin air sebagai komponen utama loji itu merupakan produk buatan China.