“Kampung Pelancongan Terbaik” UNWTO, Dua Lagi dari China

2022-12-21 12:06:39  CRI
Share with:

Kampung Dazhai, wilayah Guangxi dan kampung Jinzhu, bandar Chongqing terpilih dalam senarai “kampung pelancongan terbaik” edisi 2022 Pertubuhan Pelancongan Sedunia (WTO) PBB.

Pemilihan dan penilaian berkenaan dimulakan sejak 2021, dengan tujuannya untuk mendorong perlindungan warisan budaya dan pembangunan berterusan di kawasan desa melalui pelancongan. Sebanyak 136 buah kampung dari 57 buah negara mengemukakan permohonan dalam pemilihan dan penilaian tersebut, dan akhirnya 32 antaranya lulus. China turut menduduki tempat pertama dalam ranking rantau Asia Pasifik berhubung jumlah “kampung pelancongan terbaik” UNWTO yang miliknya. Setakat ini, terdapat 4 kampung China mendapat gelaran tersebut, termasuk dua yang tersenarai sebelum ini, iaitu kampung Yu, provinsi Zhejiang dan kampung Xidi, provinsi Anhui.