China dan Australia Komited Kembangkan Perkongsian Strategik Komprehensif

2022-12-21 16:05:08  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping, Gabenor Australia, David John Hurley dan Perdana Menterinya, Anthony Albanese hari ini mengutus kawat tahniah antara satu sama lain sempena merayakan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik China-Australia.

Xi menyatakan bahawa China dan Australia adalah negara penting di rantau Asia-Pasifik, perkembangan hubungan dua hala dengan sihat dan stabil selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara dan juga berfaedah bagi terbentuknya landskap yang damai, stabil dan makmur di rantau Asia-Pasifik dan Dunia. Beliau amat mementingkan perkembangan hubungan dua hala, bersedia berusaha bersama-sama dengan Australia mengambil kesempatan ini mengekalkan prinsip saling menghormati, samauntung dan mewujudkan pencapaian menang-menang untuk mendorong perkongsian strategik komprehensif berkembangan secara mapan demi manfaat bersamarakyat kedua-dua negara. 

Hurley pula menyatakan bahawa pihaknya komited kepada usaha mengembangkan hubungan yang stabil dan konstruktif dengan China berdasarkan semangat saling menghormati dan saling menguntungkan.