China, Australia Komited Kekalkan Perkongsian Strategik Komprehensif yang Sihat dan Stabil

2022-12-22 12:54:06  CRI
Share with:

Menteri Luar China Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Australia Penny Wong mengadakan Dialog Hubungan Luar dan Strategi China-Australia keenam di Beijing pada Rabu.

Wang berkata lawatan Wong bertepatan dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Australia dan membawa makna simbolik yang penting.

"Mengekalkan perkembangan perkongsian strategik komprehensif China-Australia yang sihat dan stabil selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara, dan juga kondusif untuk mewujudkan keamanan dan pembangunan di rantau Asia Pasifik, bahkan dunia," kata Wang.

Tambah beliau, China menghargai aspirasi positif kerajaan baharu Australia untuk memperbaiki dan mengembangkan hubungan bilateral. 

"China dan Australia perlu bersama-sama melaksanakan konsensus penting yang tercapai pemimpin kedua-dua negara dalam memperjuangkan matlamat ini.

"Kedua-dua pihak harus mematuhi komitmen masing-masing, mengamalkan nilai-nilai kefahaman yang betul, memilih pendekatan yang saling menghormati, mencari persamaan dan menyisihkan perselisihan, mewujudkan pencapaian sama menang bagi mengembangkan hubungan bilateral ke arah semakin baik dan mantap,” kata Wang.

Wong pula berkata, kerajaan baharu Australia mempertahankan pelaksanaan dasar Satu China, mengawal dengan baik dan bukannya membesarkan perselisihan antara kedua-dua negara bagi memulihkan dan mengembangkan komunikasi dan pertukaran dalam pelbagai bidang di bawah kerangka perkongsian strategik komprehensif Australia-China.