Tahniah Xi, Cindy Kiro Sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan China-New Zealand

2022-12-22 18:11:31  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan Gabenor New Zealand, Cindy Kiro hari ini saling mengutus kawat tahniah sempena merayakan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik China-New Zealand.

Xi menyatakan bahawa China dan New Zealand adalah rakan kerjasama yang penting antara satu sama lain. Dalam tempoh 50 tahun lalu, kedua-dua negara melalui kerjasama dalam pelbagai bidang telah membawa kesejahteraan kepada rakyat dan menyumbang kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau. Beliau amat mementingkan perkembangan hubungan dua hala, bersedia berusaha bersama-sama dengan Gabenor Cindy Kiro meningkatkan komunikasi strategik, mendorong perkongsian strategik komprehensif China-New Zealand terus berkembang dan membawa manfaat yang lebih besar kepada rakyat kedua-dua negara.

Cindy Kiro pula menyatakan bahawa pihaknya amat menghargai hubungan kedua-dua negara yang bersejarah lama dan berharap kerjasama dua hala terus digalakkan agar membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara bahkan seluruh dunia.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari New Zealand, Jacinda Ardern juga mengutus kawat tahniah antara satu sama lain.