China Terus Permudahkan Pertukaran Rentas Sempadan

2022-12-22 12:51:42  CRI
Share with:

Menyentuh mengenai soalan media tentang bagaimana China mengubahsuai dasar masuk sempadan, Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa dalam tempoh hampir tiga tahun sejak tercetusnya wabak COVID-19, China yang mengekalkan penyelarasan yang pantas dan menonjolkan kerjasama yang menang-menang berjaya menjadi negara pertama di dunia yang memulihkan tata tertib pengeluaran normal, di samping giat mendorong peningkatan tahap keterbukaan. Langkah-langkah seperti memudahkan prosedur permohonan visa, menambah penerbangan antarabangsa secara bertahap, dan meringkaskan prosedur pencegahan wabak dipercayai kondusif bagi mempermudahkan perjalanan penjelajah dan meyumbang kepada kestabilan rantai industri dan pembekalan global.