Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah Syria Patut Dihormati

2022-12-22 12:58:50  CRI
Share with:

Kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria patut dihormati. Demikian ujar Naib Wakil China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang pada satu mesyuarat terbuka anjuran Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) berhubung masalah politik dan kemanusiaan Syria pada Rabu.

Menurut Geng, situasi semasa di Syria terus bergolak seketika lalu ekoran beberapa banyak serangan udara dan bedilan yang dilancarkan Turkiye yang juga mengancam akan meneruskan misi darat, dan serangan Israel yang bersasar.

China menyeru Turkiye dan Israel menghentikan serangan berkenaan, dan memilih kembali ke meja dialog dan rundingan bagi menyelesaikan masalah terbabit. Sementara itu, pasukan asing yang berpangkalan di Syria secara haram juga disyorkan mengundur keluar.

Geng berkata, isu Syria seharusnya diselesaikan menerusi saluran politik. Resolusi No.2254 UNSC yang mencerminkan persepakatan masyarakat antarabangsa semestinya dilaksanakan secara menyeluruh. Masyarakat antarabangsa digesa mendorong pelaksanaan tindakan menyelamat transnasional, menjamin bekalan barangan dan modal yang diperlukan Syria dalam misi menyelamat, mempercepat penyelarasan pelbagai pihak, secepat mungkin menjadikan tindakan menyelamat rentas sempadan sebagai saluran utama dalam bantuan kemanusiaan kepada Syria.

Sementara itu, negara terbabit juga didesak membatalkan sekatan sepihak terhadap Syria.