China, AS Perlu Laksanakan Konsensus Presiden di Bali

2022-12-23 14:55:59  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi seperti yang dijadualkan telah menghubungi Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menerusi telefon pagi tadi.

Wang menegaskan bahawa kedua-dua pihak perlu memfokuskan kepada usaha bertindak substantif menggubal dasar dan mengambil langkah mengikut konsensus yang tercapai Presiden kedua-dua negara di Bali. Menurut beliau, pertemuan Langfang antara pegawai utama kedua-dua pihak dianggap bersifat membina. Rundingan tentang menetapkan panduan dalam hubungan China-AS perlu dipergiatkan, dialog pelbagai peringkat perlu diadakan secara bertahap dalam pelbagai bidang, manakala masalah yang terwujud antara kedua-dua pihak perlu ditangani melalui kumpulan kerja bersama.

Wang berkata, kedua-dua pihak perlu mencari dan meneliti pendekatan yang betul dalam menangani hubungan antara satu sama lain demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dan keamanan serta kestabilan sedunia.

Antony Blinken pula berkata, pihaknya bersedia bersama-sama China untuk membincangkan prinsip dan panduan dalam menangani hubungan kedua-dua negara, bersedia menjalinkan hubungan dengan China secara bertanggungjawab dan menjalankan kerjasama dalam bidang yang selaras dengan kepentingan bersama kedua-dua pihak. Menurut beliau, AS akan terus mengamalkan dasar “Satu China” dan tidak menyokong “kemerdekaan” Taiwan.

Mereka juga bertukar-tukar pandangan tentang isu Ukraine.