Setiausaha Agung ASEAN: Intensifkan Hubungan Rakan Strategik Komprehensif dengan China
SetiausahaAgung ASEAN, Lim Jock Hoi semalam menyatakan bahawa ASEAN mengambil berat terhadap hubungannya dengan China, menyanjung tinggi sumbangan diberikan China dalam melindungi keselamatan dan keamanan serantau serta mendorong kerjasama ekonomi serantau. Pihaknya akan terus mendorong hubungan rakan strategik komprehensif ASEAN-China terus berkembang secara mendalam.
Tatkala menerima surat mandat Hou Yanqi sebagai Duta Besar China ke ASEAN yang baharu, Lim berkata, pihaknya berharap terus mengintensifkan kerjasama pelaburan dan perdagangan dengan China, mendorong pembinaan dan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China, meningkatkan interaksi dalam bidang digital, hijau, sosial dan kebudayaan di samping terus memperkukuh hubungan sosiobudaya. Menurut beliau, pihaknya akan menyokong Duta Besar Hou dan Misi China di ASEAN dalam mendorong hubungan rakan strategik komprehensif kedua-dua pihak terus ditingkatkan.
Hou Yanqi pula berkata, China bersedia untuk terus menyelaraskan kerjasama dengan ASEAN, melaksanakan hasil yang tercapai dalam persidangan pemimpin China-ASEAN dan Sidang Kemuncak Peringatan Ulang Tahun ke-30 Hubungan Dialog China-ASEAN, sekali gus mendorong pembinaan “lima kampung halaman” demi membentuk Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN yang lebih rapat.