Israel Mahu Menelan Sebahagian Wilayah di Tebing Barat

2022-12-23 14:44:34  CRI
Share with:

Bakal Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah menandatangani sebuah perjanjian semalam yang bersetuju menyambung semula pelaksanaan rancangan menelan sebahagian wilayah di Tebing Barat, sungai Jordan.

Perjanjian tanpa tarikh pelaksanaan yang konkrit itu berbunyi bahawa pelaksanaan rancangan terbabit adalah berdasarkan pertimbangan terhadap “kepentingan Israel dan antarabangsa”.

Netanyahu mengumumkan kejayaannya dalam membentukkan satu kerajaan baharu pada malam kelmarin. Pentadbiran perpaduannya terdiri daripada enam buah parti termasuk Parti Zionism, yang kebanyakan penyokongnya merupakan penghuni Yahudi yang mencanangkan untuk mengambil pendirian yang lebih keras dalam isu Israel-Palestin.