Perdagangan Perkhidmatan Sejagat Berkembang Perlahan

2022-12-23 14:04:25  CRI
Share with:

Perkembangan perdagangan perkhidmatan sejagat berkemungkinan menjadi perlahan pada suku tahun keempat tahun ini dan berkemungkinan kekal lemah berbulan-bulan pada awal tahun depan.

Menurut Laporan Barometer Perdagangan Perkhidmatan yang dikeluarkan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada 22 Disember, indeks kemakmuran perdagangan perkhidmatan sejagat bagi bulan Oktober lalu menurun ke 98.3, yang jauh lebih rendah daripada yang tercatat pada bulan April.