CMG Lancarkan Logo dan Maskot Rasmi Gala TBC 2023

2022-12-23 14:19:29  CRI
Share with:

 Kumpulan Media China (CMG) melancarkan logo rasmi dan maskot Gala Tahun Baharu China (TBC) 2023, iaitu “Tu Yuanyuan”, pada Khamis.

 

Untuk rekod, “Tu Yuanyuan” merupakan maskot harta intelek (IP) pertama yang dihasilkan menerusi analisis data raya sepanjang 40 tahun sejarah Gala TBC.

 

Selain mempunyai konotasi dan keindahan arnab dalam budaya zodiak tradisional China, penciptaan imej “Tu Yuanyuan” bukan sahaja menggambarkan kegembiraan dan harapan netizen China yang terpapar melalui tinjauan data raya, malah turut mempamerkan kejayaan penyelidikan kreatif saintis China.

 

Reka bentuk “Tu Yuanyuan” disiapkan oleh kurator Galeri Seni Guan Shanyue, Chen Xiangbo dan kru reka bentuk visual Gala TBC CMG selama empat bulan.

 

Ia dihasilkan berdasarkan ciri asas arnab putih China dan imej keseluruhannya pula menggabungkan gaya estetik “gongbi”, lukisan berus halus tradisional China, serta dilengkapkan dengan teknologi pemodelan 3D.

 

Gala TBC yang dianjurkan CMG, juga dikenali sebagai “Chunwan” dalam bahasa Mandarin. Gala ini telah menjadi acara yang wajib bagi rakyat China sempena perayaan tradisional tersebut sejak 1983.

 

Gala TBC 2023 akan disiarkan melalui saluran CMG pada malam 21 Januari 2023.