Ekspo Produk Pertanian Buka Tirainya di Chengdu

2022-12-23 14:24:11  CRI
Share with:

Ekspo Produk Pertanian Antarabangsa China Ke-19 yang bertemakan "kelancaran kitaran, penyelarasan pengeluaran dengan penjualan, terpicu teknologi, serta pembangunan desa" telah membuka tirainya di bandar Chengdu, provinsi Sichuan pada Khamis, dengan melibatkan pameran hasilan, kerjasama perdagangan, pertukaran penyelidikan dan sebagainya.

Dimaklumkan, sebanyak lebih 80,000 jenis produk termasuk bijirin, minyak, hasilan akuatik, buah-buahan dan sayur-sayuran dipamerkan di 12 zon profesional yang turut menyaksikan penglibatan lebih 5,000 pembeli profesional dan hampir 400 pempamer pertanian yang tersenarai antara 500 perusahaan terbaik di dunia serta 500 perusahaan terbaik di peringkat kebangsaan. Setiap komponen pameran dilaporkan berlangsung dalam suasana yang rancak, misalnya mengumumkan maklumat produk pameran sebelum jadualnya, menyediakan perkhidmatan penyelarasan secara dalam talian dan menganjurkan sesi promosi yang pelbagai seperti zon testing, zon pembelian khas dan aktiviti "satu kaunti satu produk istimewa".

Ekspo ini akan berlangsung hingga 25 Disember.