China, India Adakan Rundingan Konstruktif di Kawasan Sempadan

2022-12-23 14:10:42  CRI
Share with:

Rundingan Peringkat Komander Kor China-India Pusingan ke-17  diadakan di tapak pertemuan kawasan sempadan Moldo-Chushul sebelah China pada Selasa.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai penyelesaian isu-isu berkaitan kawasan Garis Kawalan Sebenar (LAC) bahagian barat sempadan dengan sikap yang bersifat terbuka dan membina  berdasarkan kemajuan yang tercapai dalam rundingan pada 17 Julai lalu.

Kedua-dua pihak yakin bahawa perbincangan secara terus terang dan mendalam untuk secepat mungkin menyelesaikan isu-isu ketinggalan akan membantu memulihkan keselamatan dan kestabilan di sepanjang LAC bahagian barat sempadan dan memperkukuh hubungan dua hala.

Semasa mesyuarat itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk memelihara keselamatan dan kestabilan di sepanjang LAC bahagian barat sempadan dan mengekalkan hubungan yang rapat dan dialog melalui saluran diplomatik dan ketenteraan bagi mencapai pakej penyelesaian isu-isu ketinggalan yang boleh diterima kedua-dua pihak dengan seawal mungkin.