Wang Yi Ditemui Pengerusi Persatuan Asia AS

2022-12-23 14:26:01  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi telah ditemui Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah Persatuan Asia Amerika Syarikat (AS), John L. Thornton di Beijing pada Khamis.

Menurut Wang, AS mengamalkan nilai-nilai kefahaman yang betul terhadap China merupakan prasyarat bagi perkembangan hubungan bilateral ke arah yang stabil dan lestari. Kedua-dua pihak dikehendaki bersungguh-sungguh melaksanakan persepakatan penting yang tercapai pemimpin kedua-dua negara di pulau Bali, serta membincangkan dan menetapkan panduan bagi hubungan bilateral. Sementara itu, AS digesa membatalkan sekatan dan penindasan yang tidak rasional terhadap China, bertindak substantif melaksanakan kenyataan positif Presiden Joe Biden, dan kembali ke landasan yang betul berdasarkan pelaksanaan dasar yang positif terhadap China. Golongan industri dan perniagaan, strategik dan akademik AS dialu-alukan melakukan kunjungan ke China dan melibatkan diri dalam pertukaran demi peningkatan persefahaman antara kedua-dua negara.

Thornton berkata, AS dan China seharusnya menjadi rakan strategik yang boleh bekerjasama. Pihaknya bersedia memainkan peranan bagi menggalakkan pertukaran ekonomi dan perdagangan, dan membantu rakyat negaranya meningkatkan penginsafan terhadap China demi perkembangan hubungan bilateral secara mantap.