Pengeluaran Jaring Ikan, Industri Tunjang di Pekan Xiaobotou

2022-12-24 18:47:33  CRI
Share with:

Industri pengeluaran jaring ikan di pekan Xiaobotou kaunti Wudi bandar Binzhou provinsi Shandong mempunyai sejarah hampir seratus tahun. Terdapat lebih 20,000 orang dari lebih 100 buah syarikat bertugas dalam bidang penghasilan jaring ikan pada masa ini. Nilai pengeluaran industri itu mencecah hampir RMB8 bilion (RM4.9 bilion) di pekan Xiaobotou pada tahun 2021, dan produknya dapat dieksport ke Jepun, Korea Selatan dan sejumlah negara Afrika.