Akta Pertahanan AS 2023 Berunsurkan Anti-China

2022-12-24 15:06:32  CRI
Share with:

China tegas menolak National Defence Authorization Act (NDAA) Amerika Syarikat (AS) bagi tahun fiskal 2023 yang mengandungi sejumlah besar fasal negatif yang melibatkan China.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China pada hari ini sebagai respons terhadap Presiden AS Joe Biden akan menandatangani Akta terbabit.

"Akta tanpa mengambil kira fakta ini, bertujuan menggembar-gemburkan apa yang disebut 'ancaman China', mencampuri hal ehwal dalaman China secara sewenang-wenangnya, serta memfitnah dan mencemarkan imej Parti Komunis China.

"Akta ini dianggap provokasi politik yang serius terhadap China,” kata jurucakap itu.  

Menurut jurucakap itu pula, Akta tersebut juga mengandungi sejumlah besar fasal negatif yang melibatkan Taiwan. 

"Ini dilihat pelanggaran serius terhadap prinsip Satu China dan peraturan yang terkandung dalam tiga Pengumuman Bersama China-AS, malah isyarat yang salah kepada kuasa pembelot untuk 'kemerdekaan Taiwan' dan akan menjadikan keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan terjejas teruk," memetik jurucakap China. 

Jurucakap itu menegaskan lagi, China menggesa AS melaksanakan dengan bersungguh-sungguh konsensus penting yang tercapai pemimpin kedua-dua negara di Pulau Bali, mengetepikan mentaliti Perang Dingin dan ideologi berbau prejudis, memandang secara objektif dan rasional terhadap pembangunan China dan hubungan China-AS, serta tidak melaksanakan fasal negatif berkaitan China dalam Akta terbabit. 

"China akan mengambil langkah yang tegas untuk mempertahankan keselamatan kedaulatan dan kepentingan pembangunan negara sendiri,” tambah jurucakap itu.