Kawat Tahniah Xi kepada Presiden Baharu Slovenia

2022-12-24 15:27:01  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengutus kawat kepada Natasa Pirc Musar untuk merakamkan tahniah kepada beliau yang menyandang jawatan Presiden Republik Slovenia kelmarin.

Xi berkata, hubungan China dan Slovenia berkembang dengan stabil pada beberapa tahun lalu. Kedua-dua negara ini terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan dan membuahkan hasil yang melimpah dalam kerjasama substantif dalam pelbagai bidang.

Xi menyatakan bahawa beliau amat mementingkan hubungan dua hala dan bersedia berama-sama dengan Presiden Musar menyuburkan lagi persahabatan tradisional kedua-dua negara yang sedia ada, mengintensifkan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang, mendorong hubungan China-Slovenia berkembang ke tahap lebih tinggi agar membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.