Isu Taiwan, Sebahagian Urusan Dalaman Rakyat China

2022-12-25 14:09:56  CRI
Share with:

Jurucakap penerangan Kementerian Pertahanan China, Tan Kefei ketika menjawab soalan tentang Presiden AS menandatangani “National Defense Authorization Act” (NDAA) bagi tahun fiskal 2023 menyatakan bahawa akta yang melibatkan banyak butiran yang berunsurkan ‘anti-China’ tersebut, bertujuan menggembar-gemburkan “ancaman China”, melakukan campur tangan yang biadab terhadap urusan dalaman China, mencari alasan untuk menambah pembelanjaan ketenteraan, mengekalkan amalan hegmoni dan meletakkan akta domestiknya yang penuh dengan khayalan serta prejudis di atas kod asas hubungan antarabangsa. NDAA AS 2023 itu dilihat bukan sahaja menjadikan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan China terjejas, tetapi juga mengheret hubungan kedua-dua negara China-AS khasnya hubungan tentera terperangkap dalam kancah bahaya. China telah melontarkan bantahan tajam berhubung perkara tersebut. 

Menurut Tan, isu Taiwan merupakan sebahagian urusan dalaman rakyat China yang tidak boleh dicampur tangan oleh kuasa luaran termasuk AS. Perbuatan AS yang bertalu-talu memutarbalikkan prinsip “Satu China”, menjual senjata kepada Taiwan dan bersekongkol dengan pihak berkuasa Taiwan dalam mereka-reka serta menggubal undang-undang melibatkan Taiwan yang bertentangan dengan kedaulatan China, jelaslah membawa ancaman terhadap keamanan dan kestabilan rantau Selat Taiwan, dan meningkatkan risiko tercetus konflik ketenteraan antara China dengan AS. Tentera Pembebasan Rakyat China sudah bersiap sedia dan sama sekali tidak berganjak dari mempertahankan kesatuan dan keutuhan wilayah.

China mendesak AS agar membentuk pandangan yang rasional terhadap pembangunan pertahanan dan pasukan tentera China, menghormati kepentingan teras China dan melaksanakan konsensus yang tercapai pemimpin keuda-dua negara sehingga mendorong hubungan tentera kedua-dua pihak kembali ke landasan yang normal.