Penghantaran Kargo Kereta Api Xinjiang 200 Juta Tan Lebih

2022-12-25 10:51:49  CRI
Share with:

Sebuah kereta api muatan arang batu sebanyak 5,000 tan berlepas dari stesen Zhundong, wilayah Xinjiang menuju ke stesen Daba, bandar Chengdu, provinsi Sichuan pada Jumaat. 

Dengan ini, jumlah penghantaran kargo menerusi perkhidmatan kereta api Xinjiang buat kali pertama melampaui paras 200 juta tan dalam tempoh setahun dengan mencatat 201.7 juta tan.

Jumlah penghantaran kargo melalui perkhidmatan kereta api dianggap sebagai barometer yang mencerminkan pertumbuhan ekonomi di Xinjiang.

Sejak tahun ini, jabatan kereta api Xinjiang mencipta rekod baharu sebanyak 100 kali berhubung jumlah gerabak yang diselesaikan pemuatan kargo setiap hari, dan menyaksikan jumlah puratanya mencatat 10,912 unit.